fbpx
GUARDIOLA (kanan) menafikan pertelingkahannya bersama Haaland sebaliknya ia hanya perbincangan mengenai taktikal yang kelihatan sedikit tegang. - AFP

EPL: Man. City lega raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menafikan berlaku pertelingkahan antara dirinya dan penggempur utama, Erling Haaland ketika pasukan itu mencatat kemenangan 3-2 menentang Leeds United di Etihad kelmarin.

City selesa mendahulu 2-0 sebelum kelebihan itu dinafikan oleh Leeds, namun Phil Foden muncul wira dengan meledak gol kemenangan sekali gus menyaksikan City mengakhiri badi dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

“Tidak, saya gembira dengan persembahan Haaland. Tetapi, dia perlu mencari jalan untuk menjadi lebih efektif. Kadang-kadang Erling perlukan rehat, dia sentiasa diturunkan seperti juga Foden, (Jeremy) Doku dan Bernardo Silva menyebabkan selepas 60 minit mereka kepenatan,” katanya.

Tambahnya, perbualan yang dilihat tegang oleh semua pihak itu hanya melibatkan elemen taktikal dan bukannya masalah disiplin sekali gus menolak dakwaan wujud hubungan kurang baik berlaku.

“Saya tidak begitu gembira dengan cara kami bermain, tetapi kemenangan ini sangat penting. Ia membantu kami melupakan kekecewaan tewas dalam dua perlawanan lalu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Guardiola mendedahkan bahawa perkara yang paling membimbangkannya adalah kegagalan pasukan untuk mengekalkan penguasaan permainan dan mereka terlalu banyak melepaskan bola kepada pasukan lawan.

“Pada babak pertama ia tidak begitu baik, tetapi kami sepatutnya menyudahkan peluang yang datang, sebaliknya kami pula yang memberikan mereka jaringan. Kelemahan di benteng pertahanan agak jelas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN