PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Johor, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Johor, ialah Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Di Sarawak pula, ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku di Bintulu, maakalah di Mukah pula melibatkan daerah Matu dan Dalat. Di Miri pula merangkumi kawasan Subis dan Marudi serta Limbang.
Keadaan sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Kudat, Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat merangkumi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, di Tawau melibatkan daerah Kunak dan Semporna serta.
Dalam masa sama, seluruh Wilayah Persekutuan Labuan juga akan terkesan dengan ribut petir dan hujan lebat bagi tempoh tersebut.- KOSMO! ONLINE.














