fbpx

Public Mutual umum agihan RM71 juta untuk 4 dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih daripada RM71 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2025.

Dana terlibat ialah Public Dana Bon Infrastruktur Islamik dengan pengagihan kasar tahunan lima sen seunit, Public Dana e-Diperkasa Pasaran Wang dengan agihan tahunan 3.25 sen seunit, dan Public Dana Dividen Timur-Jauh dengan agihan tahunan 1.50 sen sunit.

Selain itu, Public Dana Dividen Terpilih menerima 0.20 sen seunit untuk tempoh setengah tahun.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan lebih daripada 180 dana dan mempunyai 31 cawangan/pusat khidmat pelanggan di seluruh negara.

Ia juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN