fbpx
Antara ahli sindiket penipuan dalam taliam yang ditahan polis dalam serbuan di sekitar ibu negara baru-baru ini.

Lapan sindiket penipuan ‘call centre’ tumpas, 57 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sebanyak lapan sindiket yang disyaki menjalankan kegiatan penipuan dalam talian di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Operasi secara berasingan itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur melalui kerjasama di peringkat daerah dan kontinjen dari 10 hingga 14 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil serbuan, seramai 57 individu terdiri daripada 52 orang warga asing dan lima orang warga tempatan.

Menurutnya, kesemua tangkapan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur melibatkan kediaman yang dijadikan pusat operasi haram.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua tangkapan merupakan pekerja sindiket dan terlibat dalam pelbagai modus operandi termasuk penipuan tawaran kerja dan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

“Sindiket ini dipercayai mensasarkan individu warga asing sebagai mangsa sama ada di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, kesemua suspek telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 1208(2) Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN