fbpx
Tangkap layar rumah Albert Tei sebelum ditahan SPRM, awal pagi ini.

Albert Tei ditahan SPRM, peguam dakwa hak guaman dinafikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa melakukan serbuan secara paksa di rumah seorang ahli perniagaan, Albert Tei, sebelum menahannya dalam keadaan bergari, awal pagi ini.

Menurut peguamnya, Zaid Malek, beliau dimaklumkan bahawa pihak berkuasa membuat pintu masuk paksa ke kediaman tersebut sebelum menahan Albert.

Katanya, ketika tiba di lokasi, beliau tidak dibenarkan memasuki rumah atau berjumpa dengan anak guamnya oleh individu yang didakwa sebagai pegawai SPRM dan polis.

“Saya meminta mereka memperkenalkan diri namun tiada seorang pun berbuat demikian. Kegagalan mengenalkan identiti adalah tindakan melampau dan tidak sah.

“Mereka hanya bercakap dengan saya selepas saya mengambil gambar insiden itu, malah turut meminta secara tidak sah untuk melihat telefon serta gambar yang saya rakam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaid mendakwa, Albert kemudian dibawa keluar dalam keadaan bergari serta dikelilingi individu berpenutup muka balaclava dan bersenjata, seolah-olah menahan seorang pengganas.

“Pegawai-pegawai itu tetap enggan memperkenalkan diri atau memaklumkan ke mana Albert dibawa. Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka benar-benar pegawai polis atau SPRM,” katanya.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut didakwa melanggar hak perlembagaan anak guamnya berkaitan proses undang-undang, selain hak untuk mendapatkan akses kepada peguam.

“Amat mengejutkan apabila seorang pemberi maklumat atau informan rasuah ditahan, sedangkan tiada sebarang tindakan terhadap individu yang dilaporkan iaitu bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada itu gambaran siasatan adil dan tidak berpihak seperti dijanjikan Anwar Ibrahim semasa ceramah politik.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM akan segera memanggil kedua-dua pihak berkenaan bagi membantu siasatan atas dakwaan pemberian rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN