fbpx
Gambar hiasan.

5,503 mangsa banjir di Perak, tiada perubahan ketara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak terus mencatat trend peningkatan dengan seramai 5,503 individu merangkumi 1,663 keluarga yang terjejas mendapat perlindungan di 46 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas kerana bencana alam tersebut.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, Manjung terus menjadi daerah paling ramai mangsa iaitu 2,273 penduduk melibatkan 689 keluarga dengan mereka ditempatkan di 18 buah PPS.

“Ia diikuti Perak Tengah yang mempunyai 1,434 orang mangsa daripada 407 keluarga dan mereka kini berlindung di sembilan buah PPS. Seterusnya ialah Hilir Perak yang mempunyai 1,391 mangsa (439 keluarga) yang ditempatkan di 11 PPS.

“Daerah berikutnya ialah Bagan Datuk yang mempunyai 272 orang mangsa melibatkan 84 keluarga, dengan mereka berteduh di empat buah PPS disediakan. Muallim pula mempunyai 16 mangsa (3 keluarga) yang ditempatkan di dua PPS,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, Larut, Matang dan Selama pula menempatkan 117 penduduk dari 41 keluarga di dua PPS yang dibuka.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI