SEREMBAN – Seramai 19 keluarga membabitkan 93 mangsa telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Port Dickson setakat pukul 9.30 pagi tadi susulan hujan lebat dan banjir akibat Ribut Tropika Senyar.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan, dua PPS telah dibuka iaitu PPS Permatang Pasir menempatkan 23 mangsa dari sembilan buah keluarga dan PPS Sekolah Kebangsaan Jimah menempatkan 70 mangsa dari 10 buah keluarga.
“PPS berkenaan di buka seawal pukul 6.30 pagi dan 7 pagi. Buat masa ini, dalam proses pembukaan sebuah lagi PPS di daerah Rembau yang mana maklumatnya akan dikemaskini tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE















