fbpx
Pasukan penyelamat membantu mangsa yang terjejas akibat banjir besar di daerah Hatyai, wilayah Songkhla. - Facebook

Pemilik minta lebih RM6,000 sewa bot operasi menyelamat mangsa banjir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pemilik bot di Hatyai menerima kecaman ramai kerana mengenakan bayaran 50,000 baht (RM6,407) kepada seorang pekerja penyelamat yang mahu menyewa botnya untuk membantu mangsa banjir, lapor portal berita Thaiger. 

Perkara itu dikongsi anggota penyelamat Thailand bernama Sun Tanapol Kongboonvijit di platform Facebook, baru-baru ini. 

Kongboonvijit berkata, rakannya, Punchita Vanapitakvong menghubungi seorang penduduk tempatan untuk menyewa bot bagi tujuan operasi menyelamat. 

“Dia terkejut apabila pemilik bot meminta bayaran 50,000 baht bagi setiap misi menyelamat. 

“Kerana rasa tidak adil, Vanapitakvong mencari orang lain dan akhirnya menemui pemilik bot yang baik hati di wilayah Nakhon Si Thammarat. 

“Pemilik bot tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran selain kos bahan api,” kata Kongboonvijit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN