fbpx

‘Move on? Lebih sedekad kenal, beri saya masa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahmad, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengakui masih memerlukan masa untuk memastikan dirinya ‘move on’ sepenuhnya daripada kehidupan sebagai seorang isteri sebelum ini.

Menurut Afifah, bukan mudah untuk ‘move on’ memandangkan tempoh perkenalannya dengam Nubhan lebih dari satu dekad.

“Bercakap tentang ‘move on, nanti kalau saya ‘move on’ cepat sangat pun salah dan sebaliknya. Jadi saya mohon berikan saya masa.

“Kami dah kenal bertahun-tahun, bukan setakat 10 tahun.

“Saya dan Nubhan bermula sebagai kawan, jadi memang ambil masa untuk sesuaikan diri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, dia turut mengakui menonton program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang disertai Nubhan bagi bersama tiga anaknya kepada yang mahu melihat bapa mereka bertanding.

Perkara tersebut susulan tindakan Afifah memuji juara Akademi Fantasia 3, Mawi, yang berduet bersama Nubhan pada konsert GV12 menyanyikan lagu Kian dalam platform Threads baru-baru ini sehingga dianggap masih belum ‘move on’.

“Tipulah kalau kata saya tak tengok. Anak-anak nak tengok abah mereka menyanyi, jadi bagi saya tidak menjadi masalah.

“Lagipun, saya sendiri memang peminat Akademi Fantasia sejak zaman sekolah dulu,” ujarnya.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak jagaan kekal ketiga-tiga anak Nubhan kepada Afifah.

Menurut peguam Syarie yang mewakili Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, hak jagaan kekal yang diberikan kepada anak guamnya itu adalah hasil persetujuan kedua-dua belah pihak menerusi perjanjian yang dimeterai di majlis sulh sebelum disahkan mahkamah.

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang seterusnya menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi, Nubhan ke atas Afifah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN