fbpx

Bukan Lamborghini SVJ, Syafiq Kyle ‘angkat’ G-Wagon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebulan selepas didakwa memiliki Lamborghini SVJ, aktor Syafiq Kyle akhirnya menerima kereta sebenar iaitu jentera mewah Mercedes-Benz model G-Class atau G-Wagon.

Perkara itu dikongsikan seorang jurujual, Fuad Samsudin yang memuat naik video memaparkan dirinya menghantar kenderaan tersebut kepada pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu.

“Selesai penghantaran kereta untuk Syafiq dan Mimi Lana,” tulisnya pada ruangan kasyen video di platform TikTok.

Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dilihat gembira dan bersyukur dikurniakan rezeki memiliki kereta idamannya.

Dihiasi riben merah gergasi, kereta hitam pilihan pasangan selebriti popular itu merupakan kenderaan lasak SUV berpenampilan premium dengan reka bentuk ikonik yang lasak dan keupayaan luar jalan (off-road)

Berdasarkan carian harga terkini, Mercedes-Benz G-Class 2025 di Malaysia bermula dari RM1.9 juta untuk varian AMG G 63, sementara model listrik G 580 Electric antara RM958,888 hingga RM 998,888.

Pada masa sama, Fuad turut meleraikan salah faham segelintir individu mengenai dakwaan aktor terbabit membeli Lamborghini SVJ seperti yang tular sebelum ini.

“Hari itu pihak yang tidak bertanggungjawab kebetulan ada di showroom semasa Syafiq datang tengok kereta, mereka minta bergambar.

“Selepas itu buat posting yang mengelirukan. Memang plan dia (Syafiq) dari awal nak cari G Class, ini baru kereta dia keluar,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan pelakon itu bersama sebuah kereta Lamborghini SVJ berwarna biru.

Perkongsian tersebut mencetuskan spekulasi apabila ramai menyangka Syafiq memiliki kenderaan berharga antara RM2.3 juta hingga RM3.2 juta itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN