fbpx
Gambar hiasan

Suami isteri suka curi baju Padini diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sepasang suami isteri ditahan polis kelmarin selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian di tiga cawangan premis pakaian, Padini Concept Store sekitar daerah ini sejak awal bulan ini.

Suspek berusia 47 dan 44 tahun itu diberkas kira-kira pukul 1.30 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah di Durian Tunggal.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dipercayai mencuri 10 helai pakaian lelaki dan perempuan bernilai RM640. Perbuatan itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

“Kejadian berlaku pukul 4.30 hingga 5.30 petang, 20 hingga 23 November lalu. Mereka kemudian melarikan diri dengan kereta jenis Toyota Altis bewarna kelabu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, hasil soal siasat, suspek lelaki yang bekerja sebagai juruteknik dan isterinya, suri rumah mengaku melakukan perbuatan itu. Mereka mendakwa pakaian curi itu untuk kegunaan sendiri.

“Polis merampas pakaian curi tersebut dan kenderaan yang digunakan pada hari kejadian. Semakan mendapati pasangan itu tidak mempunyai rekod jenayah dan direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN