fbpx
Gambar hiasan.

Angin Monsun Timur Laut mengganas di utara sehingga 28 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Angin monsun timur laut dijangka terus mengganas di bahagian utara Semenanjung sehingga 28 November ini dengan kelajuan angin mencecah 60 hingga 70 kilometer sejam (km/j) serta membawa hujan lebat.

Menurut perkongsian pengguna TikTok, berdasarkan ramalan keadaan cuaca itu mempengaruhi beberapa kawasan utama termasuk Perlis, Langkawi, Alor Setar dan Pulau Pinang.

Katanya, situasi ini sekali gus meningkatkan risiko kerosakan harta benda, pokok tumbang dan limpahan air di kawasan rendah.

Keadaan tiupan angin yang sangat kencang itu dijangka berterusan sepanjang 26 hingga 28 November 2025, berpotensi menjejaskan aktiviti harian penduduk serta menyebabkan gangguan pada perjalanan laut dan udara.

Sehubungan itu, orang ramai, terutamanya yang berada di kawasan terlibat, dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca buruk bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI