fbpx
MUHAMMAD Rohul (kanan) disyaki mencuri 15 buah telefon bimbit iPhone 17. - Foto Liputan6

Suami curi 15 iPhone 17 demi pujuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang suami di Bandar Lampung, wilayah Lampung diberkas selepas mencuri 15 telefon bimbit model iPhone 17 di kedai yang menjadi tempat isterinya bekerja, lapor laman berita Detik hari ini. 

Polis berkata, suspek, Muhammad Rohul, 25, melakukan perbuatan itu demi menarik simpati isterinya kerana mereka dalam proses perceraian.

Timbalan Ketua Polis Lampung, Asisten Komisioner Erwin Irawan berkata: “Dia mencuri kerana ingin menarik perhatian isterinya supaya menghubunginya kerana mereka sudah tidak bercakap.”

Menurut Erwin, isteri suspek merupakan ketua kedai menjual telefon bimbit yang menjadi sasaran lelaki itu.

Berhubung dengan alasan suspek memulangkan kembali 14 telefon bimbit yang dicuri, Erwin berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas hubungan kedua-duanya kembali pulih.

“Salah sebuah daripada 15 telefon bimbit yang dicuri itu digunakan untuk dirinya (suspek),” tambah Erwin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI