fbpx
Anwar tiba di Malaysia selepas mengadakan lawatan rasmi ke benua Afrika. FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Misi diplomasi Madani ke Afrika membuahkan hasil – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi Diplomasi Madani ke benua Afrika membuahkan hasil signifikan apabila Malaysia berjaya mengukuhkan hubungan terhadap benua itu.

Selain itu, misi berkenaan turut membuka peluang kerjasama baharu serta memperluas rangkaian strategik dengan negara-negara di rantau berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, delegasi Malaysia selamat tiba di Kuala Lumpur hari ini pada pukul 9.15 pagi selepas menyempurnakan rangkaian pertemuan rasmi dan sesi libat urus sepanjang lawatan tersebut.
“Kini tiba masanya untuk menterjemahkan setiap komitmen dan persetujuan ini kepada dasar serta tindakan yang membawa kesejahteraan nyata kepada rakyat dan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar mengadakan lawatan rasmi ke tiga negara Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya dari 18 November hingga semalam.

Lawatan rasmi Perdana Menteri itu adalah bagi mengukuhkan hubungan dua hala, selain membuka lebih banyak ruang pelaburan dan kerjasama ekonomi untuk Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI