fbpx
Ikan lumba-lumba yang ditemui mati terdampar di sekitar sebuah resort di Sungai Besar, Sabak Bernam hari ini.

Ikan lumba-lumba mati terdampar bawah kolong resort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Seekor ikan lumba-lumba ditemui mati terdampar di bawah kolong sebuah resort di Sungai Besar, hari ini.

Ikan dianggarkan sepanjang 2.2 meter dan berat lebih 70 kilogram itu ditemukan kira-kira pukul 1.45 petang.

Ketua Zon 7 Selangor Utara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, kejadian disedari selepas sepasukan anggota bomba selesai menjalankan latihan di laut sekitar lokasi itu.

Menurutnya, bangkai haiwan itu pertama kali dilihat seorang individu yang sedang mencari remis di bawah kolong resort sebelum memaklumkan kepada bomba.

“Keadaan lumba-lumba itu masih elok tetapi sudah mati. Ia merupakan spesies yang sukar ditemui dan dipercayai tersesat daripada kumpulannya sebelum dibawa arus air pasang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! malam ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan spesis ikan itu tidak dapat bergerak semula kepada kawananya ketika air surut lalu tersepit di celah batu bawah kolong pelantar.

Samsol Maarif menambah, pihaknya segera memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perikanan (DOF) Selangor untuk tindakan lanjut.

“Bangkai lumba-lumba itu diambil oleh DOF kira-kira pukul 8 malam untuk tujuan pensampelan dan siasatan bagi mengenal pasti spesies serta punca kematiannya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI