fbpx
SEORANG lelaki tua menggigil bila menjamah makanan. - Foto Tangkap Layar/VnExpress/Video/Phong Bui

Gembira dapat jamah nasi panas selepas 4 hari berendam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Seorang warga emas di wilayah Dak Lak, Vietnam akhirnya dapat menjamah nasi panas dalam keadaan menggigil dan basah lencun selepas rumahnya ditenggelami air banjir selama empat hari, lapor laman berita VnExpress hari ini.

Dengan tangan yang menggigil, lelaki yang kelaparan itu menggunakan sudu plastik selepas mendapat bantuan makanan daripada seorang sukarelawan.

“Makan dahulu, jika minum sekarang, ia boleh membuat saya tersedak,” kata lelaki berkenaan kepada anggota sukarelawan.

Walaupun terdapat banyak kotak bekalan bantuan di dalam bot, lelaki itu hanya meminta satu hidangan panas untuk dimakan segera.

Apabila air mula mencecah paras bumbung rumah pada 19 November lalu, penduduk Dak Lak bertahan dengan duduk di atas bumbung sambil menahan kesejukan dan kelaparan. 

Bekalan elektrik terputus, manakala isyarat telefon hilang.

Apabila air mula surut,  penduduk menghulurkan bakul, besen dan topi untuk mendapatkan bekalan bantuan setiap kali mendengar bunyi sampan yang membawa pasukan penyelamat.

Jumlah kematian termasuk yang hilang akibat banjir besar di Vietnam telah melebihi 100 orang selepas beberapa hari hujan lebat dan tanah runtuh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI