TEMERLOH – Batalion 7, Pasukan Gerakan Am berjaya menumpaskan kegiatan melombong emas di Kampung Bolok dalam satu serbuan bersama Unit Penguat kuasa Negeri Pahang (UPNP), kelmarin.
Menurutnya, dalam serbuan di kawasan perlombongan emas haram Kampung Bolok kira-kira pukul 8 pagi itu seramai enam individu berumur 25 hingga 38 tahun ditahan.
“Semasa serbuan dilakukan beberapa pekerja cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas. Polis menahan dan merampas semua peralatan serta mesin jentera seperti dua buah jentera berat ‘excavator’, palong, mesin pam air dan peralatan mendulang emas yang digunakan untuk melombong dengan anggaran nilai rampasan RM1.14 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001, Seksyen 55 (b) dan 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas dilakukan oleh seorang lelaki dan lima lelaki warga Indonesia secara haram.
“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh dan UPNP untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE















