fbpx
Sebahagian rakyat Malaysia yang masih menunggu bantuan untuk dibawa pulang ke sempadan selepas terperangkap beberapa hari di Hatyai.

Banjir Hatyai: ‘Bersedia untuk dua, tiga hari lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang masih terperangkap di Hatyai, Thailand diminta untuk bersedia untuk terus menunggu bagi tempoh dua hingga tiga hari lagi sebelum bantuan membawa mereka keluar tiba.

Sukarelawan Malaysia, Mohd. Amir Faizal berkata, hujan lebat yang berterusan sejak 24 jam lalu telah menenggelamkan semula beberapa kawasan sekitar Hatyai.

“Pagi ini air naik balik. Hujan pun tak berhenti 24 jam. Laluan Danok – Hatyai ada tiga lokasi putus.

“Jangan ingat hari ini boleh keluar. Be prepared (siap sedia) dua hingga tiga hari lagi. Ada 10 kereta yang cuba keluar, tapi banjir dah mengelilingi pekan Hatyai,” katanya dalam sesi siaran langsung tadi.

Mohd. Amir turut berharap kerajaan Malaysia dan Thailand dapat menggerakkan lebih banyak bantuan segera bagi meringankan kesusahan mangsa.

“Kami pun dah tak tahu nak buat apa. Doa banyak-banyak. Kami tak mahu orang salah faham, bukan kami tak nak masuk. Kalau boleh masuk, kami dah masuk lama dah,” katanya.

Dia menegaskan pasukan penyelamat sukarelawan yang ingin menyertai operasi perlu hadir di M Hotel, Sadao dengan kenderaan empat roda sahaja kerana banyak kereta biasa rosak dan tenggelam.

“Doakan untuk Hatyai. Semoga pasukan kami dapat masuk dan semua rakyat Malaysia selamat. Amin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN