fbpx
TANG JIE-Ee Wei merangkul kejuaraan Terbuka Australia selepas membenam pasangan Indonesia kelmarin. - AFP

Bakar semangat Tang Jie-Ee Wei buru kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GELARAN Terbuka Australia yang dimenangi menjadi pencetus semangat buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melunaskan dua lagi misi sebelum tahun ini berakhir.

Gandingan No. 4 dunia itu merangkul kemenangan pertama Jelajah Dunia dengan merangkul gelaran di Olympic Boulevard kelmarin selepas membenam cabaran beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu menerusi aksi straight-set 21-16, 21-11

Ee Wei mengakui kejayaan itu memberi lebih keyakinan kepada mereka menjelang kejohanan akan datang, termasuk temasya Sukan SEA Thailand 2025 serta Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, China bulan depan.

“Sudah tentu ia menaikkan semangat serta keyakinan kami kerana Terbuka Australia merupakan gelaran pertama kami tahun ini. Ia membuatkan kami lebih bermotivasi dan percaya antara satu sama lain menjelang kejohanan akan datang,” ujarnya.

Selain itu, Ee Wei mengakui sokongan padu yang diterima sepanjang aksi final menjadi salah satu faktor kejayaan untuk membawa pulang gelaran Jelajah Dunia Super 500 itu.

Lebih manis, ia merupakan gelaran Jelajah Dunia pertama buat Tang Jie-Ee Wei sepanjang saingan musim ini selepas percubaan paling hampir adalah ketika menjadi naib juara China Masters September lalu.

“Sokongan mereka sangat bermakna untuk kami berdua, ramai rakyat Malaysia yang berada di stadium. Kami juga dapat melihat bendera Malaysia berkibar megah di tempat duduk penonton dan ia menaikkan semangat kami.

“Terima kasih kerana datang memberikan sokongan kepada kami dan tidak lupa juga kepada semua yang menyokong dari tanah air. Kemenangan ini adalah untuk mereka semua,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ee Wei berkata, sokongan padu diberikan rakyat Malaysia yang berada di Sydney menyemarakkan lagi api perjuangan dia dan Tang Jie sebelum membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,525 (RM156,385).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN