fbpx
AMIRUL AF4

Amirul AF4 meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Amirul menghembuskan nafas terakhirnya di Kuching, Sarawak hari ini dipercayai akibat serangan jantung.

Berita duka pemergian Allahyarham Amirul atau nama penuhnya Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, dikongsikan pengacara Datuk Aznil Nawawi dalam Instagramnya hari ini.

“Satu lagi berita sedih saya terima. Dikhabarkan Bintang AF4 Amirul atau Amighul hari ini pergi menghadap Illahi.

Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amirul berada di Sarawak.

“Sesekali dia ada bertanya khabar dalam media sosial. Hari ini Amirul sudah tiada. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. Alfatihah,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri. Pasangan itu difahamkan mendirikan rumah tangga pada 2023 dan isterinya kini hamil tujuh bulan. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI