fbpx
Tangkap layar video menunjukkan seorang wanita memarahi pekerja kerana bau cat yang terlalu kuat. - TikTok 

Wanita marah, bau cat masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila memarahi sekumpulan pekerja kerana tidak tahan dengan bau cat yang masuk ke dalam rumahnya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @distrikberita menunjukkan wanita terbabit memarahi beberapa pekerja yang sedang mengecat sebuah kedai. 

“Mereka mengecat di sini (kedai) tetapi baunya sampai ke rumah saya. Saya tidak boleh berehat! Saya langsung tidak dapat berehat kerana bau cat!” kata wanita itu di dalam video. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 96,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Duduk di hutan biar tiada bau cat,” kata seorang netizen. 

“Sepatutnya salahkan angin,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI