fbpx
Bumbung restoran Tracks & Records yang separa musnah akibat terbakar kelmarin. - Jamaica Observer

Restoran Usain Bolt terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINGSTON – Sebuah restoran milik pelari legenda Jamaica, Usain Bolt musnah dalam satu kebakaran besar, lapor akhbar Metro UK. 

Kebakaran berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di restoran Tracks & Records, bandar Montego Bay, Jamaica kelmarin.

Pasukan bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan mendapati api telah merebak ke tingkat atas. 

Restoran dua tingkat itu terputus bekalan elektrik selepas dilanda Taufan Melissa, menyebabkan kakitangan terpaksa menggunakan generator untuk menyokong badan amal World Central Kitchen bagi menyediakan makanan harian kepada komuniti terjejas. 

Ketua Penyiasat Jabatan Bomba Jamaica, Oneil Kerr berkata, kebakaran berjaya dikawal dalam masa beberapa minit. 

“Tiada kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran masih disiasat,” kata Kerr. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI