fbpx
Mohamad memaklumkan MARDI berjaya menghasilkan tiga varieti bawang baharu

MARDI berjaya hasilkan tiga variasi bawang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan tiga varieti bawang baharu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tiga varieti bawang baharu tersebut adalah BAW-1, BAW-2 dan BAW-3.

“BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 memang terbukti sesuai dengan iklim dan keadaan tanah di Malaysia.

“Hasil penyelidikan ini membuka lembaran baharu dalam usaha negara mengurangkan kebergantungan kepada bawang import,” katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.

Mohamad berkata, dengan adanya bawang varieti tempatan itu, sasaran kerajaan untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus menjelang 2030 semakin hampir.

Menurut beliau, ia bukan sahaja memperkukuh sekuriti makanan negara, malah memberi peluang pendapatan baharu kepada para petani.

“Insya-Allah, langkah ini akan membantu memastikan bekalan bawang lebih stabil dan rakyat dapat menikmati manfaatnya secara langsung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI