fbpx
ANTARA sebuah inap desa yang terkesan di Kampung Panggas, Chuping di Padang Besar.

Mangsa banjir di Perlis meningkat kepada 850 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Jumlah mangsa banjir di Perlis melonjak kepada 850 orang pagi ini selepas enam pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di seluruh negeri setakat pukul 8 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rahimi Ismail berkata, peningkatan itu melibatkan 254 keluarga yang dipindahkan sejak semalam hingga awal pagi tadi

“PPS yang beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Sireh, SK Felda Mata Ayer, Dewan Semai Bakti Felda Mata Ayer, Dewan Warisan, SK Guar Nangka dan SK Batu Bertangkup.

“PPS SK Titi Tinggi pula dibuka pada tengah hari semalam sebelum ditutup dan semua mangsa dipindahkan ke PPS Felda Mata Ayer,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah mangsa di PPS Felda Mata Ayer mencecah 304 orang melibatkan empat kampung iaitu Titi Tinggi Hilir, Guar Tinggi, Sahabat dan Bukit Chabang yang terjejas.

Sementara itu, SK Guar Nangka menempatkan 165 mangsa daripada lima kampung iaitu Rambai, Banggol Sena, Panggas Kecil, Gial dan Perik yang dilanda banjir awal pagi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI