fbpx
Antara kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku di sekitar Kuala Lumpur hari ini.

Hujan lebat berterusan, Kuala Lumpur dilanda tanah runtuh, pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berpanjangan mengakibatkan beberapa kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di sekitar ibu negara, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan bermula pagi hingga lewat petang.

Menurut kenyataan itu, antara kejadian yang dilaporkan ialah pokok tumbang melibatkan kawasan di Jalan Ang Seng 4, Brickfields pada pukul 9.24 pagi, Jalan Langgak Golf, Taman U Thant pada (11.10 pagi) dan Jalan Kiara 5, Desa Kiaramas pada (5.45 petang).

“Manakala, tanah runtuh melibatkan kawasan Pangsapuri Kos Rendah Jalan Sepadu 6, Taman United pukul 11.02 pagi, Jalan Maarof, Bangsar (11.20 pagi).

“Turut terkesan tanah runtuh melibatkan kawasan Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya, Bangsar pada pukul 3.24 petang serta Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama pada (4.32 petang tadi),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua lokasi telah dilakukan kerja-kerja pemantauan, pemotongan pokok dan penyelamatan dijalankan oleh anggota bomba dengan bantuan Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Pasukan bomba masih berada di lokasi yang memerlukan pemantauan dan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan yang memerlukan tindakan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN