fbpx
Empat suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Empat lelaki direman kes tetak pemuda hingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Empat lelaki ditahan reman selama tiga hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tetak seorang pemuda sehingga parah di sebuah premis makanan di Kampung Permatang Tinggi di sini, Jumaat lalu.

Perintah reman sehingga 26 November ini dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, keempat-empat suspek berusia antara 23 hingga 43 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.40 pagi dengan dikawal ketat pihak polis.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun dikatakan baru selesai makan malam bersama kekasih dan rakan lelakinya di premis berkenaan sebelum didatangi sekumpulan lelaki dengan menaiki sebuah kereta.

Suspek kemudian bertindak menyerang mangsa lalu menetak bahagian kiri leher lelaki itu dipercayai menggunakan senjata tajam.

Bagaimanapun, kepantasan pihak polis akhirnya berjaya menahan kesemua suspek di lokasi berasingan, kurang enam jam kejadian berlaku. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI