fbpx
KAWASAN Kampung Tebing Tinggi dinaiki air selepas limpahan berlaku berdekatan terowong tebatan banjir LBB di sini hari ini.

Banjir di Perlis terburuk sejak 2010 – Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Penduduk mendakwa kejadian banjir di Perlis tahun ini merupakan yang terburuk dialaminya sejak kejadian bah besar pada 2010 dan 2005.

Pengerusi Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tebing Tinggi, Azmi Hashim berkata, rumahnya dinaiki air pada pukul 8.30 malam semalam sehingga memaksa keluarganya berjaga sepanjang malam.

“Kami berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas air naik hingga paras paha. Air naik sangat pantas, tak sempat hendak selamatkan banyak barang.

“Selepas projek tebatan Lencongan Banjir Barat siap memang berlaku banjir, namun tidak seteruk kali ini. Banjir kali ini yang terburuk selepas kejadian pada tahun 2005 dan 2010,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Warisan.

Menurutnya, dia bersama enam ahli keluarganya yang tinggal di kampung itu sejak 26 tahun lalu berdepan dengan lapan kejadian banjir.

Azmi berkata, selain insiden banjir itu, dia bimbang memikirkan mengenai anak perempuannya yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok dan mendoakan segalanya berjalan dengan lancar.

Seorang lagi penduduk, Yazid Mohd. Noor, 55, mengakui bencana bah kali ini adalah yang terburuk selepas projek tebatan banjir LBB siap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN