fbpx
Tangkap layar ban pecah di Parit 5, Sekinchan

Banjir: Ban Parit 5 Sekinchan Pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Penduduk di sekitar Parit 5, Sekinchan di sini berisiko menjadi mangsa banjir apabila ban di lokaliti tersebut pecah, pagi ini.

Kejadian itu tular menerusi video berdurasi 36 saat yang memaparkan air laut meluncur laju memasuki kawasan daratan.

“Macam itu je dia (air laut) masuk, macam tiada apa-apa,” kata pemilik video berkenaan.

Sementara itu, Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Samsol Maarif Saibani mengesahkan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI