fbpx
Keadaan banjir sekitar Kampung Jalan Pantai Seri Sentosa.

Banjir: 39 penduduk terjejas, ban pecah di Sabak Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Kejadian ban pecah di Parit 5, Sekinchan di sini menyebabkan seramai 39 penduduk di Kampung Jalan Pantai Seri Sentosa terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air.

Ketua Zon 7 Selangor Utara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.40 pagi dan enam anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan digerakkan ke lokasi tersebut.

Katanya, pihaknya yang tiba tujuh minit kemudian mendapati seramai 39 penduduk terjejas. Setakat ini, anggota bomba memindahkan sebanyak 10 keluarga dan mangsa dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Seri Sekinchan.

“Cuaca masih lagi hujan dan air pasang besar. Kerja-kerja memindahkan mangsa masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan penduduk di Parit 5, Sekinchan berisiko menjadi mangsa banjir apabila ban di lokaliti tersebut pecah pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN