PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi di Istana Negara Kenya hari ini.
Anwar berkata, ia termasuk pemeriksaan barisan kawalan kehormatan dan tembakan meriam 19 das.
“Mencerminkan keakraban hubungan dua hala serta persahabatan mendalam sejak 1965,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Anwar berkata, beliau dan Presiden Kenya, Dr. William Samoei Ruto kemudian meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan empat mata.
Jelas beliau, pertemuan itu bagi meneliti hala tuju hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Kenya. – KOSMO! ONLINE















