fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan pengguna TikTok @Bedieyguess.

[VIDEO] Nombor plat siapa hilang boleh ambil sini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu bukan sahaja menyebabkan paras air semakin naik di beberapa kawasan di Kelantan, malah mencetuskan satu ‘koleksi’ di atas kaki lima apabila puluhan nombor pendaftaran kenderaan ditemui tercabut akibat dibawa arus banjir.

Menerusi perkongsian video pengguna TikTok @Bedieyguess, memaparkan deretan nombor plat itu dikumpulkan oleh orang ramai di kaki lima bagi memudahkan pemiliknya datang menuntut.

“’Adjust’ mari ambil la siapa yang hilang tu. Nombor plat, daun pisang. Musim dia (banjir) mari dah,” katanya.

Video yang dikongsikan menerima hampir 90,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka selain ramai meninggalkan komen berhubung kejadian tersebut.

“Nombor plat baru hilang tadi, keluar video ni pula,” kata Iman.

“Banyak betul nombor plat kereta,” komen Eisha Hani.

“Nombor plat saya ada tak situ? Rasanya lalu semalam kawasan sana, balik rumah hilang dah yang depan,” kata Muiz.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,949 orang daripada 2.203 keluarga, setakat pukul 4 petang ini.

Bagi menampung jumlah mangsa banjir, sebanyak 26 Pusat Pemindahan Sementara di empat daerah yang terkesan telah dibuka. – KOSMO! ONLINE

@bedieyguess Ejah mari ambik laa hok mano hilang tuu.nombor plate, daun pisang 😆musim dio mari doh #banjir #fypシ゚ #bcaxyz ♬ เสียงต้นฉบับ – ✪☆🔰 _SU_🔰☆✪

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI