fbpx
Tangkap layar video memaparkan sebuah tiang transformer elektrik Jambatan Mac Khruang, Songkhla tumbang dan meletup.

[VIDEO] Banjir Hatyai: Tiang transformer elektrik meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan banjir di bandar Hatyai terus memburuk apabila satu tiang transformer elektrik meletup akibat air naik mendadak, mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di kawasan sekitar.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, letupan berlaku sekitar pagi tadi di Jambatan Mac Khruang, Songkhla menimbulkan asap tebal dan percikan api yang menakutkan penduduk setempat.

“Pagi tadi kami terdengar bunyi letupan kuat, kemudian asap mula keluar dari tiang elektrik. Air banjir ketika itu sudah paras pinggang,” kata Leyla.

Banjir yang berlaku sejak beberapa hari lepas menyebabkan jalan raya di pusat bandar Hatyai ditenggelami air, memaksa penduduk tempatan dan pelancong terkandas di hotel dan kawasan perumahan.

Banyak kedai dan premis perniagaan juga ditutup berikutan ketiadaan bekalan elektrik sejak semalam.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas dengan banjir di Hatyai dan beberapa daerah di wilayah Songkhla, Thailand dilaporkan selamat kerana kebanyakannya menginap di hotel bertingkat.

Bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik sementara dan kekurangan akses makanan akibat gangguan setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI