PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah dilanda cuaca buruk.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak manakala di Pahang ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.
“Di Selangor, hujan turut diramal berterusan berlaku di Sabak Bernam dan Hulu Selangor manakala Port Dickson, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan.
“Selain itu, di seluruh negeri Melaka turut terlibat manakala Tangkak dan Muar di Johor,” ujarnya.
Amaran cuaca berterusan turut melanda Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE















