fbpx
Orang ramai tetap membanjiri Pantai Chenang dalam keadaan berwaspada selepas insiden kanak-kanak warga Russia yang maut akibat disengat ubur-ubur kotak di Langkawi.

Masih ramai pelancong berkunjung ke Pantai Chenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Pantai Chenang di sini masih dikunjungi orang ramai bagi aktiviti pantai selepas insiden ubur-ubur kotak yang meragut nyawa seorang kanak-kanak di sini baru-baru ini.

Tinjauan di kawasan tersebut mendapati, pantai tersebut dikunjungi ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Seorang penduduk, Shafiq Othman, 28, berkata, kes ubur-ubur kotak baru-baru ini adalah kes pertama di Pantai Chenang.

“Biasanya ubur-ubur banyak ditemukan di Pantai Tanjung Rhu dan kalau ada di Pantai Chenang jumlahnya sedikit dan hanya ubur-ubur biasa.

“Kalau di Tanjung Rhu, memang penduduk tempatan kurang gemar untuk mandi di sana kerana banyak ubur-ubur berbanding di Chenang,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pelancong dari England, Johnny, 40, berkata, dia mengetahui mengenai insiden tersebut dan tidak akan membenarkan anak kecilnya untuk mandi di laut buat masa ini.

“Saya mungkin akan mandi tapi saya tidak akan benarkan anak saya mandi laut buat sementara waktu.

“Insiden itu baru lagi berlaku, jadi saya risaukan keselamatan anak-anak yang akan lebih terkesan walaupun saya tahu kebarangkalian untuk mereka disengat ubur-ubur adalah sangat rendah,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan percutian sebuah keluarga warga Rusia berakhir dengan tragis apabila anak lelaki keluarga tersebut, Vladimir Iakubanets, 2, meninggal dunia selepas disengat ubur-ubur, Sabtu lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI