fbpx
Gambar menunjukkan bangkai seekor buaya gergasi yang dibungkus sebelum dihantar ke Jakarta. - Istimewa

Jumpa cebisan TV, pisau dalam perut buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pasukan bomba Indragiri Hilir, wilayah Riau terkejut apabila menemui puluhan barang aneh termasuk cebisan televisyen di dalam perut seekor buaya gergasi, lapor portal berita Ini Riau. 

Bangkai buaya seberat 595 kilogram dan panjang 5.7 meter itu ditemukan oleh penduduk tempatan di Sungai Undan, baru-baru ini. 

Ketua Dinas Pemadam Kebakaran dan Penyelamat (DPKP) tempatan,  Junaidi berkata, penemuan dibuat ketika anggota-anggota bomba memeriksa organ dalaman reptilia itu. 

“Kami menemui berpuluh-puluh barang aneh termasuk 20 beg plastik, guni, penutup botol minuman, pisau kecil, mata lembing dan cebisan televisyen. 

“Kami mengesyaki sampah membuatkan buaya ini jatuh sakit sehingga mati kerana tiada tulang haiwan atau manusia di dalam perutnya,” kata Junaidi. 

Bangkai dikenali sebagai Si Undan itu telah dihantar ke Jakarta untuk penyelidikan lanjut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN