fbpx
Jenazah Muhammad Izhar dan Muhammad Zaid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Simpang Empat Sedaka, Yan malam tadi.

Dua kanak-kanak maut dirempuh kereta selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Jenazah dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun yang maut selepas basikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Kampung Sedaka Tengah di sini selamat dikebumikan dalam satu kubur, malam tadi.

Jenazah Muhammad Izhar Adnan, 10, dan Muhammad Zaid Haris Abdullah, 11, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Simpang Empat Sedaka.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu apabila keluarga dan rakan-rakan arwah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Dulang hadir pada pengebumian tersebut.
Terdahulu, jenazah dua kanak-kanak itu tiba di masjid tersebut kira-kira pukul 9 malam tadi untuk disembahyangkan.

Kosmo! semalam melaporkan dua sahabat baik maut selepas basikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Sedaka Tengah kira-kira pukul 9.15 pagi semalam.

Kejadian dikatakan berlaku selepas mereka bersarapan roti canai di sebuah kedai makan terletak berhampiran rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN