fbpx
Penduduk di Wang Kelian di[indahkan ke PPS.

Banjir besar di Wang Kelian, 120 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Keadaan banjir di Wang Kelian disifatkan sebagai yang paling besar pernah berlaku di kawasan tersebut apabila seramai 120 penduduk daripada 40 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Nurul Husna.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, Wang Kelian ini adalah tempat yang pertama terjejas banjir di Perlis pagi tadi.

“Hujan semalam kira-kira 106 milimeter agak lebat dan semua sungai di Perlis berada dalam keadaan paras bahaya dan berjaga-jaga

“Kepada semua rakyat Perlis yang kawasan biasanya dinaiki air, kena bersedia. Kena ikut arahan pihak berkuasa supaya memudahkan segala kerja bantuan,” katanya lagi.

Menurut beliau, pihak kerajaan menyediakan beberapa PPS tambahan termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Sireh dan SK Titi Tinggi.

Keaadaan hujan lebat turut mengakibatkan pokok tumbang dan gelongsoran tanah kawasan cerun di laluan utama dari View Point Wang Kelian ke Kampung Wang Kelian.

Tinjauan Kosmo! turut mendapati beberapa kawasan sawah di kawasan Kaki Bukit ditenggelami air manakala kawasan Gua Kelam juga mengalami kenaikan paras air mendadak.

Sementara itu, seorang penduduk, Zuzalina Othman, 42, berkata, paras air naik dengan pantas selepas Subuh.

“Air naik sehingga paras lutut menyebabkan saya mengambil keputusan berpindah bersama ibu saya ke tempat selamat dan hanya mencapai kad pengenalan sahaja.

“Kerosakan tidak pasti, namun mungkin kerugian bernilai ribuan ringgit selepas peti sejuk dan barangan elektrik lain tenggelam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN