fbpx
Anggota APM membantu mengangkat jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Beris Arab, Kampung Senang dekat Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN APM

APM redah banjir bantu kebumi jenazah warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan membantu membawa dan mengebumikan jenazah seorang wanita warga emas selepas kediaman penduduk Kampung Senang di sini hari ini dinaiki air sedalam satu meter.

Pemangku Pengarah APM Kelantan, Mohd. Farid Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.34 pagi tadi yang memaklumkan Fatimah Ibrahim, 62, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini.

Menurutnya, anggota APM bersama sebuah trak mengambil jenazah di Masjid Haji Omar untuk dihantar ke Tanah Perkuburan Beris Arab, Kampung Senang yang terletak sejauh dua kilometer dari masjid tersebut.

“Difahamkan, laluan untuk ke tanah perkuburan tidak boleh dilalui selepas dinaiki air sedalam satu meter.

“Kerja membantu menguruskan jenazah membabitkan tujuh anggota dengan menggunakan sebuah lori dan selesai sejam kemudian,” katanya.

Mohd. Farid memberitahu, APM turut membantu pemindahkan seorang mangsa menghidap strok dan koma dari Kampung Dusun Durian untuk dihantar ke inap desa di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI