fbpx
Anggota APM membantu penduduk berpindah dari rumah mereka yang dinaiki banjir di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini. - IHSAN APM KUALA NERUS

Banjir kilat Pulau Redang: 276 mangsa berpindah ke PPDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Bilangan mangsa banjir kilat yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Pulau Redang dekat sini meningkat kepada 276 orang.

Jurucakap Sekteriat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Nerus berkata, mereka terdiri daripada 65 keluarga yang menetap di Kampung Baru Pulau Redang.

“Mangsa merangkumi 109 lelaki dan 116 wanita dewasa termasuk 20 warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU).
“Selain itu, 28 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan juga ditempatkan di PPS tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekteriat JPBD Kuala Nerus berkata, PPS Masjid Pulau Redang telah diaktifkan pada pukul 11.30 pagi tadi.

Terdahulu, Kampung Baru Pulau Redang dilanda banjir kilat berikutan kenaikan air laut ekoran fenomena air pasang besar pada pukul 11 malam semalam.

Banjir kilat tersebut diburukkan lagi oleh hujan lebat berterusan sejak malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI