fbpx
Anggota bomba ketika operasi mencari dua pendaki yang sesat di Bukit Astro Rock, Teluk Bahang, malam tadi.

2 pendaki sesat di Bukit Astro Rock

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dua individu dilaporkan tersesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Astro Rock, Tanjung Bungah di sini, malam tadi.

Mangsa terdiri lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 34 dan 29 tahun itu sehingga kini masih belum ditemui.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.08 malam tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal.

“Terima panggilan dari NG999 kejadian dua mangsa tersesat di dalam hutan ketika aktiviti pendakian dan mangsa boleh dihubungi melalui talian telefon.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ di lokasi dan kerja-kerja pencarian mangsa dilakukan berpandukan lokasi yang dihantar oleh mangsa melalui aplikasi WhatsApp. Ketika ini usaha mencari sedang dijalankan,” katanya di sini, malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN