fbpx
Lim Kor Kiat pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

WhaleBuy perkenal era baharu program kesetiaan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – WhaleBuy Malaysia bersama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) melancarkan Inisiatif Transformasi Ekonomi Digital yang menandakan permulaan fasa baharu dalam usaha memacu konsumsi berasaskan nilai, pertumbuhan jenama mampan dan pembangunan ekonomi digital berimpak tinggi.

Ia dilaksanakan menerusi pengenalan program kesetiaan pengguna generasi keempat yang menekankan mata ganjaran dengan nilai jangka panjang, pembinaan jenama serta teknologi bagi mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Pengerusi WhaleBuy Group, Datuk Seri Lim Kor Kiat berkata, WhaleBuy yang berasal dari China merupakan penyedia penyelesaian program kesetiaan pengguna sejak 2008, yang sebelum ini telah berjaya mengumpulkan sehingga 90 juta ahli di sana.

Jelasnya, program kesetiaan pengguna telah mengalami beberapa evolusi daripada kupon fizikal yang dianggapnya sebagai generasi pertama, kepada sistem kad keahlian dan kini berkembang kepada penggunaan ­aplikasi dan e-dompet yang menyediakan mata ganjaran berbentuk digital.

“Menerusi program kesetiaan pengguna generasi keempat yang dibawakan WhaleBuy, kami me­ngubah mata ganjaran daripada ‘insentif sementara’ kepada aset digital yang memberi nilai jangka panjang dan menghasilkan impak bukan hanya buat pembeli, malah pemilik jenama,” katanya kepada pemberita dalam majlis pelancaran di sini.

Kor Kiat menerangkan, matlamat syarikat adalah untuk membantu perusahaan tempatan membina pertumbuhan jangka panjang, selain mengurangkan tekanan kos kepada pengguna sambil memperkasakan ekonomi digital.

“Kami memberi fokus kepada tiga industri utama untuk ­menyertai kami iaitu sektor runcit, makanan dan minuman, serta perkhidmatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN