fbpx
Kelibat Ubaidullah ditagih Nafuzi untuk mengharungi temasya Sukan SEA 2025, bulan depan.

Sukan SEA: Ubaidullah, Alif Izwan perkuat skuad B-23 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad bawah 23 (B-23) negara memanggil 25 ‘ubi muda’ termasuk dua pemain muda skuad senior, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Alif Izwan Yuslan bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand yang bermula pada Disember depan.

Sebagai rekod, Ubaidullah dan Alif Izwan telah diserapkan bersama skuad Harimau Malaya bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lepas.

Menerusi kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, ketua jurulatih, Nafuzi Zain bakal memanggil semua pemain untuk jalani kem latihan pusat bermula 25 November lepas.

“Nafuzi dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan B-23 akan mengekalkan 23 pemain untuk dibawa ke temasya Sukan SEA di Songkhla pada 7 hingga 18 Disember depan.

“Pasukan juga bakal mengadakan dua perlawanan persahabatan tertutup sebelum berlepas ke Thailand,” menurut kenyataan tersebut.

Misi untuk memburu ‘ibu emas’ temasya berprestij Asia Tenggara itu sudah menjadi sasaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak sekian lama selepas kali terakhir bergelar juara pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.

Pada edisi kali ini, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Laos dengan tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik layak ke separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI