fbpx
Gambar hiasan.

Polis siasat dakwaan peluru sesat kena kening warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang wanita warga asing yang cedera terkena peluru sesat selepas terdengar bunyi letupan ketika berada di kediamannya di sebuah kondominium di Batu Feringgi, di sini.

Mangsa, pemegang visa Malaysia My Second Home (MM2H) berusia 67 tahun, membuat laporan polis pada pukul 11.39 pagi semalam dan memaklumkan kejadian berlaku Khamis lalu kira-kira pukul 5.35 pagi.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta dan ditahan wad selama sehari.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pemeriksaan forensik di lokasi menemui titisan darah dipercayai milik mangsa di salah sebuah bilik kediaman terbabit, namun tiada sebarang peluru atau kesan tembakan ditemukan.

”Menurut doktor yang merawat, mangsa mengalami kecederaan ‘laceration wound’ di bahagian atas kening yang dipercayai berpunca daripada objek tumpul dan bukan luka tembakan,” katanya di sini hari ini.

Azizee berkata, terdapat beberapa keterangan mangsa yang tidak konsisten dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960, sementara polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN