fbpx
PRESIDEN Olahraga Malaysia, Datuk karim Ibrahim ketika sidang media selepas menerima kunjungan Ketua Kontinjen, Nurul Huda Abdullah, di MSN, hari ini.-Foto: ISKANDAR ISHAK

MA enggan terburu-buru umum sasaran pingat Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Olahraga Malaysia (MA) enggan terburu-buru meletakkan sasaran pingat bagi kontinjen negara ke Sukan SEA Thailand, sebaliknya mahu menilai terlebih dahulu prestasi semasa pencabar serantau.

Presidennya, Datuk Karim Ibrahim berkata, sasaran rasmi hanya akan diumumkan selepas perbincangan terperinci bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta barisan kejurulatihan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, pendekatan berhati-hati itu penting kerana prestasi atlet negara dan kekuatan utama lawan seperti Thailand serta Vietnam perlu dianalisis secara menyeluruh berdasarkan keputusan beberapa kejohanan terkini.

“Mengenai sasaran itu, saya belum sedia untuk maklumkan lagi. Selepas berbincang dengan MSN dan ketua jurulatih, barulah kita kemukakan sasaran pingat.

“Masih ada masa kerana terdapat beberapa pertandingan di rantau Asia Tenggara dan luar Asia yang sedang disertai atlet kita. Kita perlu mengambil kira keseluruhan statistik sebelum keputusan dibuat,” katanya pada sesi perjumpaan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah bersama atlet olahraga kebangsaan di Bukit Jalil, hari ini.

Mengulas mengenai kejayaan lapan pingat emas dalam ucapannya bersama skuad olahraga ia merujuk kepada kejayaan gemilang edisi Kuala Lumpur 2017.

“Lapan itu kita capai ketika menjadi tuan rumah pada 2017. Saya pun baru enam bulan ambil alih MA. Apa pun, atlet negara akan memberikan yang terbaik, Insya-Allah.

“Tiada siapa pergi ke Bangkok untuk kalah. Saya juga berharap rakan-rakan media dapat memberikan sokongan kepada pasukan, bukan hanya olahraga tetapi semua sukan,” tegasnya.

Untuk rekod, pada edisi lalu di Kemboja 2023, skuad negara membawa pulang lima pingat emas, tiga perak dan 11 gangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN