fbpx
ORANG ramai membantu mangsa yang cedera. - UNB

Gempa bumi 5.5 magnitud gegar Bangladesh, 3 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA – Satu gempa bumi kuat melanda Bangladesh hari ini di luar ibu kota, Dhaka yang sesak, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang, kata pegawai kesihatan.

Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud itu berlaku pada pukul 10.38 pagi (waktu tempatan) berhampiran bandar Narsingdi, kira-kira 33 kilometer dari Dhaka, demikian menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi pagi tadi itu mencetuskan huru-hara dengan kebanyakan orang berada di rumah pada hari cuti.

Wartawan AFP di Dhaka melihat orang ramai menangis di jalanan, manakala yang lain kelihatan terkejut.

“Tiga orang terbunuh termasuk seorang pelajar perubatan,” kata jabatan kesihatan.

USGS memberi amaran tentang potensi korban yang besar serta kerosakan.

Gegaran itu berlangsung selama 26 saat dengan pusat gempa di daerah Madhabdi, Narsingdi, demikian menurut Jabatan Meteorologi Bangladesh.

Gegaran kuat dirasai sehingga ke bandar Kolkata di India, lebih 325 kilometer dari pusat gempa, namun tiada laporan segera berhubung korban atau kerosakan ketara di negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI