fbpx
Abdul Halim (kiri) ketika menerima surat lantikan sebagai KSU Kementerian Komunikasi berkuatkuasa 24 November 2025.

Dua tokoh dilantik terajui Kementerian Komunikasi, Nadma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan dua pelantikan besar yang bakal mengubah landskap tadbir urus komunikasi negara dan pengurusan bencana seluruh Malaysia.

Datuk Abdul Halim Hamzah, 54, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang baharu berkuat kuasa 24 November 2025.

Berkelulusan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia, beliau sudah hampir tiga dekad menabur bakti dalam perkhidmatan awam.

Sebelum ini, Abdul Halim pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kewangan & Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri sebelum mengetuai Nadma sebagai Ketua Pengarah.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pengalaman luas Abdul Halim diyakini mampu memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan memacu reformasi komunikasi negara.

Sementara itu, kerusi Ketua Pengarah Nadma yang ditinggalkan Abdul Halim diganti oleh Meor Ismail Meor Akim, 56, yang turut memulakan tugas pada tarikh sama.

Berbekalkan pengalaman lebih 31 tahun, termasuk sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Perak, serta Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Operasi) Nadma, Meor Ismail dilihat sebagai pilihan tepat untuk memimpin agensi itu.

Pelantikan Meor Ismail yang juga graduan Ekonomi dari Universiti Malaya diyakini mampu meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana dengan lebih pantas, efisien dan responsif.

Shamsul Azri dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa kedua-dua pelantikan ini penting bagi memastikan jentera kerajaan terus berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN