fbpx
Gambar hiasan.

Buruh didakwa noda ‘kawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang buruh binaan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang didakwa ‘kawan’ di sebuah hotel di daerah ini, kira-kira tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Nur Aiman Mohd Khairi, 22, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang kanak-kanak berusia 15 tahun lapan bulan ketika kejadian di sebuah hotel kira-kira pukul 3 petang pertengahan April 2022.

Oleh itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni menawarkan wang jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan.

Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan dikurangkan atas alasan dia hanya bekerja sebagai buruh binaan dengan pendapatan harian yang tidak menentu, selain hubungan dengan mangsa adalah ‘kawan’.

Mahkamah juga bertanya sebab kes berkenaan mengambil masa lama untuk dituduh kepada pihak pendakwaan dan pihak pendakwaan menyatakan terdapat arahan supaya mendapatkan laporan kimia terlebih dahulu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN