PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga 24 November ini.
Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Selain itu, di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” lapor MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan sehingga 26 November dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu.
Orang ramai terutamanya di kawasan berisiko dinasihatkan berwaspada sepanjang tempoh amaran tersebut. – KOSMO! ONLINE















