fbpx
Gambar hiasan

Tiada diskriminasi kaum dalam pelantikan anggota PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Proses pelantikan serta kenaikan pangkat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah bebas daripada sebarang unsur diskriminasi kaum.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, PDRM malah tidak menetapkan kuota khusus bagi bumiputera atau bukan bumiputera.

“Pengambilan dibuat berdasarkan merit, kelayakan akademik, kecergasan fizikal dan lulus proses tapisan keselamatan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan V Ganabatirau (PH- Klang) berhubung jumlah individu baharu diserap ke dalam badan penguat kuasa negara dan peratusan dalam kalangan bukan bumiputera.

Shamsul Anuar berkata, ketika ini terdapat 553 anggota bukan bumiputera di Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (103) dan Jabatan Penjara Malaysia (440)

Menurut beliau, angka sedia ada membuktikan kerajaan sangat telus dan terbuka kerana kerajaan memang mengharapkan penyertaan pelbagai kaum dalam soal keselamatan negara.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, PDRM melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memberi kelonggaran terhadap syarat lantikan dalam proses pengambilan bukan bumiputera.

Ujar beliau, kelonggaran itu membabitkan kriteria fizikal dan akademi supaya komposisinya mencerminkan kepelbagaian rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI