fbpx
Fuziah ketika berucap di Majlis Pelancaran KBBM 2025, 'Lokal Lagi Gempak', di Subang Jaya hari ini.

Tambahan stok 30 peratus kepada 2,102 peruncit, pemborong hadapi MTL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melantik 2,102 peruncit dan pemborong terpilih di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Fuziah Saleh berkata, langkah itu diambil bagi memastikan bekalan mencukupi dan mudah diperoleh jika berlaku gangguan penghantaran daripada pembekal akibat banjir.

Beliau berkata, insiatif berkenaan telah berkuat kuasa sejak Oktober lalu dan akan berlangsung sepanjang tempoh MTL yang diramal berakhir pada Mac depan.

“Setiap tahun memang KPDN akan keluarkan lesen khas kepada peruncit dan pembekal untuk simpan barang kawalan 30 peratus lebih banyak.

“Ia meliputi bekalan seperti beras, minyak dan tepung, namun selepas berakhirnya musim tengkujuh ini kita akan tarik semula lesen berkenaan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025, ‘Lokal Lagi Gempak’ di Pasar Raya Mydin, Subang Jaya hari ini.

Menurutnya, peruntukan kerajaan sebanyak RM20 juta menerusi Belanjawan 2026 bagi pemerkasaan KBBM serta penandaan logo Buatan Malaysia, mampu merealisasikan kempen berkenaan.

“KPDN sentiasa cuba membantu para usahawan tempatan meliputi industri kecil sederhana supaya berpeluang menembusi pasaran global,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI